Home
/
Artis
/
10 Kes Isteri Selebriti Malaysia Ditangkap Khalwat Dari 2000an Hingga Kini Yang Pernah Menggemparkan Negara.
10 Kes Isteri Selebriti Malaysia Ditangkap Khalwat Dari 2000an Hingga Kini Yang Pernah Menggemparkan Negara.
Pelakon filem tersebut telah ditangkap bersama teman lelakinya yang dikenali sebagai E-jump itu kira-kira jam 4.00 pagi tadi di USJ 1, Subang Jaya.
Astro Gempak difahamkan kedua-dua mereka ditangkap di kediaman isteri E-jump, Nor Hasni Md. Hashim.
Untuk mendapatkan kesahihan mengenai penangkapan itu, Astro Gempak telah menghubungi Nor Hasni.
Nor Hasni bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, tetapi mengesahkan suaminya dan Putri Mardiana telah ditangkap khalwat buat kali kedua.
“Ya, mereka ditangkap di kediaman saya pagi tadi. Maaf, saya tidak mahu komen panjang kerana kes penceraian saya dan suami masih dibicarakan di mahkamah,” katanya ringkas.
Pada Disember tahun lalu, Putri Mardiana dan teman lelakinya telah ditangkap khalwat di sebuah kondo Ukay Perdana selepas didapati berdua-duaan.
Namun pelakon tersebut menafikan dia dan teman lelaki ada melakukan perkara tidak elok dan mendakwa E-jump hanya singgah minum air selepas menghantarnya pulang ke rumah.
PETALING JAYA: Pelakon Shahrizal Jaszle mendakwa kejadian dia ditangkap khalwat dengan Farah Nurizzati Salleh, 25, pada 16 Mei 2013 merupakan perangkap wanita itu sendiri.
Shahrizal atau lebih dikenali sebagai Shahz Jaszle, 27, memberitahu, wanita berkenaan berbuat demikian kerana cuba memutuskan hubungannya dengan bekas tunang ketika itu Redwani Puteri.
Shahrizal memberi keterangan tersebut dihadapan Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Abd Halim Abu Samah di sini pada Selasa.
“Saya mengenali Farah tiga minggu sebelum ditangkap khalwat. Dia merupakan penjaga pakaian produksi untuk drama lakonan saya. Saya yakin apa yang berlaku adalah rancangannya yang mahu saya putus tunang ketika itu.
“Pada 15 Mei 2013 selepas pulang daripada penggambaran saya berada di rumah kira-kira pukul 11 malam dan kemudian dihubungi oleh Farah meminta saya datang ke rumahnya untuk memilih baju yang perlu dipakai esok, ketika itu dia mahu ambil saya di rumah untuk ke rumahnya.
“Selepas memilih baju, dia kemudian menyuruh saya ke biliknya untuk berehat dan selepas itu saya terlelap di katilnya sehingga pada pukul 3.50 pagi iaitu pada 16 Mei 2013 sehingga saya dikejutkan dengan ketukan pintu bilik dan saya sedar Farah membuka lampu dan pintu,” ujarnya.
Shahrizal berkata demikian bagi menjawab soalan yang diajukan oleh peguam syarie Muhammad Hafiz Ab Rashid.
Selain Muhammad Hafiz, dia turut diwakili peguam peguam syarie, Asyraf A. Ranee.
Pendakwaan dilakukan oleh pendakwa syarie, Fairus Jaafar.
Sementara itu ketika menjawab soalan apakah membuatkan dia berasa terdapat elemen rancangan yang diatur oleh wanita tersebut, jawab Shahrizal ia adalah menerusi perkataan pertama wanita itu sebelum membuka pintu.
“Ketika dia (Farah Nurizzati) ingin membuka pintu bilik dan melihat siapa yang ketuk, dia awal-awal memberitahu dia risaukan kerjaya saya.
“Dari situ saya sudah syak bahawa ia adalah satu perangkap dan ketika saya menyerahkan kad pengenalan kepada anggota Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), saya ada bertanya kepada mereka siapa yang membuat laporan dan pukul berapa laporan dilakukan.
“Anggota Jais memberitahu laporan dibuat pada pukul 11 malam dan dilakukan oleh orang dalam rumah tersebut, walhal ketika pukul 11 malam saya masih berada di rumah saya,” ujarnya.
Sementara itu, Shahrizal turut memberitahu mahkamah bahawa dia mempunyai bukti kukuh berkaitan kejadian tersebut yang disifatkannya sebagai suatu perangkap.
Kes berkenaan bersambung pada 23 Februari 2016.
Menurut fakta kes dalam kejadian 16 Mei 2013, Shahrizal dan pasangannya Farah Nurizzati telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang dekat sini kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.
Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.
Bagaimanapun, pada sebutan kes pada 13 November 2013, Farah Nurizzati telah mengaku salah terhadap tuduhan tersebut dan mahkamah memerintahkannya membayar denda maksimum iaitu RM3,000.
Shahrizal pernah bertunang dengan Redwani Puteri pada 8 Disember 2012, namun putus pada sekitar Jun 2013.
Pada 1 Mei lalu, Shahrizal telah berkahwin dalam diam dengan Hanis Husna Mohamad Nadzree.
Gempar! Pasangan Artis Ini Di Tangkap Khalwat Sehingga Mengandung!
Kedua-dua pasangan ini dibawa ke balai polis. Kedua-duanya dibenarkan
untuk diikat jamin oleh dua warga tempatan. Tak lama kemudian, datang
dua orang lelaki untuk menjamin pasangan ini.Pasangan ini dikehendaki datang ke Jabatan Agama keesokan harinya jam 8.30 pagi. Sebelum dibenarkan pulang, penguatkuasa memberi amaran kepada pasangan ini supaya tidak duduk sama lagi di dalam rumah itu pada malam itu untuk mengelakkan tangkapan kedua berlaku.
Esoknya, di Pejabat Agama, pasangan ini datang bersama dua orang penjamin. Hasil soal siasat, pasangan ini mengaku tidak mempunyai ikatan mahram atau suami isteri. Perempuan umur lewat 20-an masih mempunyai suami tetapi sudah tidak duduk bersama suaminya hampir 2 tahun lalu.
Perempuan ini sedang menuntut cerai secara fasakh di mahkamah syariah dan mempunyai peguam untuk urusan tersebut. Maknanya, selagi mahkamah belum membuat keputusan, dia masih dikira ada suami yang sah. Kanak-kanak itu adalah anaknya yang sah melalui perkahwinan itu.
Lelaki pula umur 30-an berstatus duda yang sudah bercerai kira-kira tiga tahun lepas. Dia mempunyai dua orang anak yang dipelihara oleh bekas isterinya. Mereka mengaku bercita-cita untuk bernikah tetapi status perempuan yang masih isteri orang menghalangnya. Katanya dia bersimpati dengan wanita ini dan nak menolong wanita ini yang tidak bekerja.
Siapa Pengadu?
Lelaki ini bertanya kepada penguatkuasa iaitu siapakah pengadu dalam kes ini sehingga mereka ditangkap. Lakonan dan perancangan pasangan ini yang duduk macam suami isteri sejak beberapa bulan lamanya termasuk menipu tuan rumah tersebut.
Yang kena tipu juga adalah pak imam surau berkenaan yang jadi jiran dia di taman itu. Majlis hari raya dan marhaban juga turut naik rumah ini dan jiran-jiran percaya betul yang mereka adalah suami isteri. Kanak-kanak pula seronok dapat duit raya seringgit masa marhaban tu. Jiran tak syak lansung mereka tidak kawin rupanya.
Soalnya siapa pengadu? Kalau dikatakan pengadu adalah jiran taman tersebut, kenapakah begitu lama, makan berbulan-bulan baru aduan dibuat kepada Jabatan Agama? Mungkin tidak. Tapi ada kemungkinan juga iaitu kalau bukan jiran, siapa pula yang pecah lubang?
Pasangan ini bukanlah orang sini. Duduknya di daerah lain yang jauhnya dalam 100km juga. Sebenarnya, yang tahu siapa pengadu hanyalah penguatkuasa yang tertentu sahaja. Dengan aduan inilah baru penguatkuasa bertindak. Kalau tak ada aduan, takkanlah nak periksa semua rumah di setiap taman, rumah kondo, rumah panjang atau kotai…. tak mungkin. Maknanya ada pengadulah dan pengadu itu tak akan diberitahu kepada sesiapa. Keselamatan dan kerahsiaan pengadu itu dilindungi untuk mengelakkan perkara tak baik berlaku.
Tapi ada juga kes yang orang tahu siapa pengadu. Mulanya ingatkan siapalah yang bocorkan maklumat pengadu. Rupanya pengadu sendiri yang bukak cerita kat warung yang dialah jaguh dan wira kampung sehingga pasangan itu kena tangkap. Dalam hal ini penguatkuasa tak tanggunglah kalau apa-apa berlaku, sendiri tanggunglah. Tapi biasanya orang yang berani istihar dia pengadu bukan calang-calang orang. Kalau macam cerita KLGenster2, macam Malek Aeron Aziz juga atau ‘abang kawasan’ yang ada beberapa line. Kalau macam saya ni setakat ada line Celcom sajalah…. Hehe.
Senang cerita kalau ada sesiapa nak mengadu pasal maksiat, mengadu sajalah kepada Jabatan Agama Johor yang ada penunggu 24 jam yang akan jawab panggilan itu. Sila dail 1-800-88-3072 iaitu talian bebas tol. Jangan malu, jangan takut, jangan segan kerana identiti anda dirahsiakan yer….
SEKIAN.
Isteri Along Cham Ditangkap Khalwat Dengan Kekasih
Melalui laporan awal Harian Metro, seorang penyanyi yang juga isteri kepada seorang pelakon dan pelawak ditahan disyaki berkhalwat di sebuah apartmen teman lelakinya di Bukit Jalil.
Wanita yang juga penyanyi berusia 28 tahun itu ditangkap berkhalwat oleh Jawi dan ditemui bersembunyi di belakang almari di dalam bilik dan seorang lelaki berusia 30-an yang juga suami orang berada di ruang tamu selepas pintu dipecahkan Jawi.
Ketika serbuan, penguatkuasa Jawi meminta pintu rumah dibuka sebelum seorang lelaki membuka pintu dan menutupnya semula. Selepas 30 minit menunggu pintu dibuka dan tiada kerjasama daripada pemilik rumah, pintu terpaksa dipecahkan sebelum pemeriksaan dilakukan.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan dan jika disabitkan kesalahan denda tidak melebihi RM2,000 akan dikenakan atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. (rtky/s)
Post a Comment