Gagal Bayar Cukai 4 Juta, Datuk Seri Vida Didakwa Mahkamah, Cetuskan Kontroversi Mengejut Pagi Tadi

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau dikenali sebagai Datuk Seri Vida didakwa di Mahkamah Seksyen Ipoh hari ini di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014. Dakwaan yang dikenakan ke atas beliau difahamkan kerana kegagalannya mengemukakan penyata serta gagal membayar cukai barangan terbabit.

Menurut laporan Projek MMO, Datuk seri Vida dikatakan bakal didakwa dengan tiga kesalahan berkaitan bayaran cukai melibatkan jumlah hampir 4 juta. Beliau yang terkenal dengan produk Qu Puteh, dilaporkan menghadiri prosiding dakwaan itu di Kompleks Mahkamah Ipoh sejak pagi tadi.


Sementara itu, Datuk Seri Vida yang tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 9 pagi tadi turut diiringi beberapa individu yang turut hadir menemani beliau dan dipercayai merupakan kakitangannya. Datuk Seri Vida amat popular dengan jenama produk kesihatan dan kecantikan serta turut aktif memasarkan perniagaannya melalui penajaan berskala besar.

Terdahulu, Datuk Seri Vida turut dilanda beberapa kontroversi sebelum ini dimana salah satu produk kecantikan dari syarikatnya pernah dikatakan mengandungi bahan terlarang iaitu merkuri yang tinggi. Dengan itu, dua produk tersebut ditarik daripada pasaran seperti arahan kerajaan dan mencadangkan pengguna memilih produk Qu Puteh yang lain. (rkty/w)

No comments

Powered by Blogger.