Isu Cukai : Che Ta Mengamuk di IG dan Panggil Followers Sebagai BERUK ! Apa Punca Ni??
Dalam masa yang sama, Che Ta dan individu yang dikenali sebagai Afif PLC turut saling membalas komen dan berperang mulut di laman sosial. Bagaimanapun, menurut portal Oh Bulan, komen-komen berkenaan telah pun dipadamkan di laman sosial usahawan terbabit.
Rata-rata ramai peminat Che Ta mempertahankan tindakan pelakon kesayangan mereka kerana menganggap isu tidak membayar cukai tidak sepatutnya dipanjangkan sehingga menghina seseorang. Malah ramai juga yang turut meminta Che Ta supaya terus bersabar dengan dugaan yang melanda dirinya dan tidak mempedulikan kritikan orang ramai terhadap isu terbabit.
Terdahulu, Che Ta dikatakan terpaksa membatalkan majlis ulangtahun kelahiran Aaisya Dhia Rana yang sepatutnya dijadualkan berlangsung di London kerana disekat untuk keluar negara berikutan mempunyai cukai tertunggak. Ramai yang mendakwa Che Ta seolah sengaja mengelak untuk membayar cukai terbabit kerana kemewahan yang dipamerkan beliau sekeluarga. (rkty/w)
Post a Comment