Sebut saja nama Fattah Amin, pasti saja ramai anak gadis mengenalinya. Dengan wajah yang kacak dan ramah dengan peminat, dia telah memikat ramai hati anak gadis.
Baru-baru ini Fattah Amin dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 30 (ABPBH 3.0). Fattah turut menerima trofi Pelakon TV Popular pada acara yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Ini sudah menunjukkan Fattah Amin sangat memberi pengaruh yang besar dalam industri filem tanah air.
Mungkin ada yang hanya mengenalinya melalui drama Suri Hati Mr Pilot. Mereka telah mencetuskan fenomena seni tanah air apabila heboh tentang hubungan cinta antara mereka, tetapi mereka menafikannya, sehingglah khabar tentang mereka telah berpisah menular di laman-lama media.
Sebenarnya banyak drama yang dibintanginya yang anda tidak tahu, ini adalah profil Fattah Amin yang anda perlu tahu.
Profil Fattah Amin
Nama sebenar: Abdul Fattah Bin Mohd Amin
Nama Komersial: Fattah Amin
Kerjaya: Pelakon, Model
Tarikh Lahir: 1990
Umur: 27 Tahun (2017)
Tinggi: 180cm
Asal: Setiawangsa, Kuala Lumpur
Tempat Belajar: UITM Puncak Perdana,Shah Alam
Jurusan: Sarjana Muda Industri Kreatif
Pekerjaan sebelum jadi artis: Model
Drama: Hello, Mr. Perfect!, Plan Cinta Tak Jadi, Cinta Ibadah, Playboy Itu Suami Aku (TV3), Cinta Jannah, Memberku Hawa, Kerana Sarah, Syurga Tanpa Bidadari, Suri Hati Mr Pilot
Pencapaian: Hero Remaja 2011/2012
Twitter Fattah Amin: https://twitter.com/fattahamin
Sumber:
Adaapadengancintabuta
Post a Comment