Joy Revfa Bersumpah Pernah Buat Seks Bersama Hafiz, Tapi Hafiz Menolak. Mahu Saya Tunjukkan Bukti Atau Macam Mana Lagi??

Kalau dikira isu ini agak sensitif untuk diperkatakan namun Joy Revfa menerusi laman sosial terbuka mengatakan beliau telah melakukan hubungan seks dengan suaminya, Hafiz Hamidun selepas suaminya itu menafikannya. Selain itu Joy turut memberitahu statusnya sebagai isteri Hafiz sah selepas mahkamah memutuskan penceraian dengan suami terdahulu.

“Since dia menceritakan “isu dalam kain” kepada media yang dia tidak pernah ‘menyentuh atau instimta’ bersama saya, dengan nama Allah saya berani menyatakan itu adalah bohong kerana kami telah melakukan itu namun ada sesuatu yang saya tak dapat ceritakan demi menjaga aib dia”

“Saya rasa seperti kuasa ajaib Allah membantu saya dalam isu pernikahan saya. Tadi, bertarikh 10.10.17, Hakim Mahkamah Syariah Shah Alam telah mengesahkan bahawa cerai saya bersama bekas suami telah jatuh dua tahun yang lalu. Ini bermakna saya dan bekas suami sudah sah cerai dua tahun yang lalu. Nikah saya dgn “suami” sekarang adalah sah”

“Jika orang bertanya, adakah saya mahu teruskan pernikahan saya bersama HH (Hafiz Hamidun) 1,000 kali saya akan katakan tidak kerana bagi saya dia tidak layak jadi seorang suami saya dan keturunan saya nanti,” jelasnya kepada m Star Onlinemengenai hasratnya yang nekad untuk bercerai.

Bagaimanapun Hafiz menerusi laman Twitter terus menidakkan perkara berkenaan dan menegaskan mereka tidak pernah melakukan hubungan intim ketika berkahwin. Selaian itu, Hafiz turut mempersoalkan tindakan Joy mengatakan perkahwinan mereka sah sedangkan kes masih berjalan.


Sebolehnya isu sebegini tidak perlulah dibincangkan secara terbuka biarpun bergelar selebriti. Biarpun sudah tidak ada rasa cinta di dalam hati tetapi rasanya masing-masing perlu menjaga aib dan maruah sebagai suami isteri. Apapun semoga kes Hafiz dan Joy akan berakhir secepat yang mungkin. (rtky/w)



SUMBER
M STAR ONLINE

No comments

Powered by Blogger.