’Kenduri Arwah’ Kematian Bintang K-Pop di KL Malam Tadi Disambut Dengan Bunuh Diri Salah Seorang Peminat Wanita..Astaghfirullah !

Peminat di KL berkumpul kenang mendiang Jong-hyun

Dianggarkan kira-kira 100 peminat berkumpul di tepi Sungai Klang dekat Masjid Jamek, Kuala Lumpur malam tadi untuk memperingati penyanyi kesayangan mereka Kim Jong-hyun yang mati pada 18 Disember lalu.

Peminat yang kebanyakan dari kawasan Lembah Klang tidak kira bangsa dilihat meratapi sambil memberi penghormatan terakhir ke atas selebriti Korea yang mati akibat meragut nyawa sendiri.

Sambil menyalakan lilin dan memegang belon, peminat kebanyakannya menitiskan air mata sebak kerana terpaksa ‘melepaskan’ bekas vokalis boy band Shinee itu pergi buat selama-lamanya.
Mereka yang menyayangi Jong-hyun tidak hadir dengan tangan kosong sebaliknya membawa beberapa barang peringatan seperti lilin, bunga, belon dan potretnya ketika upacara memperingati itu berlangsung.

Isnin lalu, Jong-hyun terpaksa dikejarkan ke Hospital Universiti Konkuk selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kediamannya di Cheongdam-Dong, Seoul.

Jong-hyun disahkan meninggal dunia di hospital akibat keracunan karbon monoksida dipercayai kesan menghidu asap arang yang menyala.
Polis mengklasifikasikan kes terbabit sebagai bunuh diri.

Kakak Jong-hyun sebelum itu menghubungi polis pada pukul 4.42 petang 18 Disember bagi memaklumkan kecurigaannya apabila dia mengesyaki adiknya itu akan menamatkan riwayat sendiri.

Nama Jong-hyun meningkat popular selepas menyertai kumpulan Shinee – antara boy band paling popular di Korea - dianggotai oleh empat anggota lagi pada 2008.

Dia kemudian menjadi artis solo selepas keluar dari kumpulan berkenaan selain menjadi hos radio dan pelakon.

Memetik laporan The Mirror, keluarga Jong-hyun sedia maklum mengenai masalah mental dan dia juga sentiasa berperang dengan kemurungan untuk mencapai kesempurnaan.

Sejak kecil Jong-hyun dibesarkan bapa yang tegas dan kemurungan itu berterusan hingga dia berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai seorang artis.
Melalui wawancara dengan sebuah rancangan radio Blue Night, Jong-hyun pernah meluahkan kesedihannya dengan peminat mengenai apa yang dilalui selama ini.

“Saya berasa tidak mengapa untuk hadapi kegagalan dalam hidup. Saya berasa ia tak mengapa sekiranya tidak dapat mencapai matlamat.

“Kamu masih memiliki beberapa perkara lain walaupun ketika berasa hilang atau boleh lakukan sesuatu daripadanya melalui emosi yang kamu rasakan.

“Saya berasa ia patut menjadi penilaian buat diri kamu. Tetapi tidak boleh membiarkan apa dinilai orang lain menjejaskan kepuasan hidup kamu. Saya berharap kamu tidak berasa terlalu cemas apabila berasa hilang dalam hidup,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.